Thursday, 1 December 2011

REKODER

Recorder memiliki bebrapa jenis, yaitu Recorder Alto, sopranino dan Sopran. namun disini kita akan menggunakan rekorder sopran. rekorder sopran termasuk jenis alat musik tiup yang terbuat dari kayu, namun dalam pengembangannya sekarang telah dibuat dengan menggunakan plastik.

dibawah ini adalah gambar dari rekorder sopran.
Gambar 1. Rekorder Sopran

Recorder sendiri terdiri atas beberapa bagian, yaitu Kepala, Badan, kaki, dan Mouthpiece serta lubang nada. untuk lebih jelasnya dibawah ini saya tampilkan gambar bagian- bagian rekorder sopran.

Gambar 2. Bagian- bagian recorder sopran.

kemudian setelah siswa dapat mengetahui bagian - bagian recorder, persiapkan rekorder dengan jumlah siswa dalam satu kelas. dan mulailah memegang rekorder. persilahkan siswa mengenali rekorder secara langsung. setelah itu mari belajar cara memegang rekorder dengan benar.

berikut ini bagan cara memegang rekorder dengan benar.


Gambar 3. Bagan peta cara memegang rekorder.

setelah mengenalkan recorder, persilahkan siswa untuk meniup secara bersama - sama dalam hitungan yang bersamaan pula. dan mulailah belajar mengenal nada sesuai yang ada pada gambar.
Teknik Meniup Rekorder
Bagi teknik meniup rekoder, terdapat lima teknik atau aspek yang perlu diamalkan supaya dapat menghasilkan peniupan kualiti ton yang baik.
Lima teknik tersebut ialah:

  1. Postur
  2. Embouchure
  3. Penglidahan
  4. Pernafasan
  5. Penjarian
Semua teknik di atas sangat membantu dalam menghasilkan peniupan kualiti ton yang baik.

TEKNIK PERTAMA – POSTUR
Berdiri selesa, regangkan sedikit tangan

Condong 45°


Postur memainkan peranan semasa meniup rekoder.  Postur yang baik membantu untuk menghasilkan kualiti ton yang baik.  Postur semasa meniup rekoder ialah badan perlu tegak dan berada dalam keadaan selesa.  Rekoder dipegang dengan kecondongan 45 darjah dari badan.  Ini untuk memudahkan pergerakan tangan semasa penjarian.  Setelah itu, tangan diregangkan sedikit agar tidak mengganggu pernafasan. Rekoder dipegang dengan jari tangan kiri di bahagian atas dan jari tangan kanan di bahagian bawah. Cara ini adalah praktikal untuk permainan rekoder.  Rekoder diimbangkan dengan diletak pada bibir bawah dan ibu jari tangan kanan. Gunakan ‘music stand’ untuk meletakkan skor muzik dan ini juga dapat mengekalkan postur badan yang tegak.

TEKNIK KEDUA – EMBOUCHURE 




Embouchure ialah penggunaan otot muka dan pembentukan bibir yang mengikut bentuk pipit (mouthpiece).  Masukkan bahagian pemipit di antara bibir. Setelah itu bibir dirapatkan dan jangan gigit rekoder.  Bibir juga jangan ditegangkan dan pastikan bibir dalam keadaan selesa.

TEKNIK KETIGA – PENGLIDAHAN

Penglidahan penting untuk penghasilan not rendah dan not tinggi. Pergerakan lidah membantu pengeluaran udara dengan kadar yang sesuai dengan kualiti ton.
Untuk not  tengah, bunyikan ‘du’ dengan lidah.  Manakala not rendah menggunakan bunyi ‘lu’.  Bagi not tinggi, bunyikan ‘tu’ semasa meniup.  Bunyi ‘du-ku’ digunakan semasa ‘double tongueing’. Semasa memainkan not kaitan, hanya pada not pertama berlaku penglidahan.  Bagi permainan secara ‘staccato’, bunyikan ‘tut’ untuk penghasilan not pendek.

TEKNIK KEEMPAT – PERNAFASAN

Untuk meniup not rendah, tekanan udara dari ruang diafragma dilepaskan perlahan-lahan serta terkawal.  Tekanan udara yang lebih serta dilepaskan secara laju dalah untuk meniup not tinggi.  Bagi satu frasa, hanya satu pernafasan yang digunakan.

TEKNIK KELIMA – PENJARIAN


Bagi tangan kiri, ibu jari bernombor 0 menutup lubang rekoder di bahagian belakang rekoder.  Jari telunjuk bernombor 1 menutup lubang rekoder pertama.  Jari hantu bernombor 2 menutup lubang rekoder kedua.  Jari manis bernombor 3 menutup lubang rekoder ketiga.

Untuk tangan kanan, jari telunjuk bernombor 4 menutup lubang rekoder keempat. Jari hantu bernombor 5 menutup lubang rekoder kelima.  Lubang rekoder keenam ditutup dengan jari manis yang bernombor 6.  Lubang rekoder ketuju ditutup dengan jari bernombor tujuh iaitu jari kelingking.

Terdapat dua pembukaan kecil pada lubang rekoder bernombor 6 dan 7. Tujuan lubang kecil ini adalah untuk menghasilkan bunyi syap dan flat.

http://www.youtube.com/watch?v=YqHDhjgpWeg&feature=fvwrel

http://www.youtube.com/watch?v=VW7M3kzZTKs&feature=related
 
 



No comments:

Post a Comment